Monday 2 October 2017


Dalam KSPK, terdapatnya  tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang mementingkan nilai-nilai moral yang memfokuskan pembentukan insan berakhlak mulia dengan berasaskan tiga domain iaitu domain penaakulan moral iaitu keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau buruk.  Domain kedua ialah kesedaran perasaan moral yang melahirkan kesedaran untuk berbuat baik dan betul.  Domain ketiga ialah perlakuan moral iaitu tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dan tanggungjawab.

Tunjang ini boleh diaplikasikan menggunakan bantuan kartun animasi yang menarik.  Zaman teknologi ini, kebanyakan kanak-kanak sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan penggunaan alat komunikasi seperti tablet dan telefon pintar.  Ibu bapa memanfaatkan penggunaan alatan teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka khususnya pada suri rumah memberikan alat ini dan memainkan kisah kartun animasi untuk tatapan anak mereka agar mereka boleh melakukan kerja dengan tenang.

kartun animasi sekarang ini kebanyakkan mengikut tunjang kerohanian, sikap dan nilai ini.  Hal ini demikian kerana kartun animasi yang ada sekarang adalah sangat sesuai digunakan untuk mendidik dan membantu dalam penerapan nilai murni dalam diri kanak-kanak.  Animasi seperti Doraemon, Upin dan Ipin, Omar dan Hana dan lain-lain banyak mempengaruhi kanak-kanak dengan nilai moral  yang terdapat dalam tunjang tersebut seperti nilai menyayangi haiwan, nilai ketaatan terhadap orang tua dan sebagainya.

Sunday 1 October 2017

Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) ialah panduan yang diguna pakai oleh pengusaha tadika, taska, mahupun sebarang sesi pembelajaran yang berkaitan dengan kanak-kanak.  KSPK ini diwujudkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.  KSPK ini haruslah digunakan secara menyeluruh di seluruh Malaysia.  KSPK  ini  mengandungi 6 tunjang yang seharusnya diikuti dalam pembelajaran kanak-kanak.  Antara tunjang tersebut ialah tunjang komunikasi, tunjang kerohanian , sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan, tunjang sains dan teknologi dan tunjang kemanusiaan.https://drive.google.com/open?id=0B4wKdnC60r8zOXR5eEhGWjFQYkE

Wednesday 13 September 2017

jom mengenal doraemon 



BAGAIMANA KITA MENGENAL DORAEMON?
Doraemon seekor rakun yang asalnya berwarna kuning, mempunyai sepasang telinga yang comel dan keistimewaannya ialah mempunyai poket ajaib yang boleh mengeluarkan alatan yang canggih daripada dunia lain.  Dia merupakan sahabat karib kepada seorang budak lelaki  bernama Nobita.  Doraemon tinggal di rumah Nobita bersama ibu bapanya.


ASAL ADA TELINGA TAPI KENAPA SEKARANG DORAEMON TIADA TELINGA MALAH BERWARNA BIRU?
Telinga doraemon hilang kerana digigit oleh tikus menyebabkan dia menangis teruk dan air mata yang banyak itu menyebabkan banjir yang menukarkan warna dirinya daripada kuning kepada biru.  Oleh sebab peristiwa itulah doraemon sangat takut akan tikus.  Dia akan terus pengsan apabila ternampak tikus.  Namun doraemon sangat suka akan kucing.
KENAPA DORAEMON TINGGAL DENGAN NOBITA?
Doraemon tidak mempunyai rumah untuk dia tinggal.  Walaupun doraemon boleh kembali ke dunianya namun dia tetap tinggal bersama keluarga Nobita kerana sahabatnya itu merupakan anak tunggal dalam keluarga dan Nobita sering dibuli oleh rakan sekelasnya.  Nobita memang terkenal dengan sifat malangnya.  Dengan adanya Doraemon, hidup Nobita lebih terurus kerana sering dibantu oleh alat-alat canggih Doraemon.
Doraemon juga saling mengenalin rakan-rakan sekolah Nobita dan mereka berkawan baik. Kerana sikap Doraemon yang suka membantu itu menyebabkan ramai orang suka berkawan dengannya. Namun doraemon juga mempunyai adik yang tinggal di dunia lain bernama Doremi. Doremi sering melawat abangnya menggunakan mesin waktu melalui laci meja belajar di dalam bilik Nobita. 

Monday 11 September 2017

WATAK DAN PERWATAKAN

 ANIMASI DORAEMON














  Doraemon

  • seekor rakun yang comel  tetapi tidak mempunyai telinga.
  • badan berwarna biru .
  • sangat takut akan tikus
  • suka makan Dorayaki
  • mempunyai adik bernama Dorami
  • merupakan seekor robot daripada masa hadapan
  • cerdik
  • baik hati
  • suka membantu
  • sentiasa menyokong Nobita

















NOBITA

  • anak tunggal dalam keluarga
  • sahabat karib Doraemon
  • malas belajar
  • suka tidur
  • tidak suka bersusah dalam melakukan kerja
  • mudah berputus asa
  • sering dibuli
  • sukakan Shizuka











SHIZUKA
  • rakan sekelas Nobita
  • baik
  • cantik
  • suka membuat kek
  • cerdik
  • digilai rakan sekelas
  • anak kesayangan ibunya











SUNIO
  • anak orang kaya
  • suka menunjuk-nunjuk
  • suka membeli alat permainan
  • manja
  • kawan rapat Giant
  • suka membaca komik










GIAN
  • anak kepada pemilik kedai runcit
  • mempunyai seorang adik bernama Jaiko
  • sangat sayang akan adiknya
  • pembuli
  • suka makan
  • suka menyanyi
  • sering disuruh menjaga kedai runcit keluarganya
             SHIN CHAN
Kisah budak tadika bernama Shin Chan dan keluarga kecilnya bersama anjing peliharaannya.
Kisah ini  menunjukkan bahawa Shin Chan sangat menyayangi haiwan peliharaannya. Dia sering membawa anjing itu keluar bersiar-siar.

kisah Shin Chan dan anjingnya ini menyampaikan bahawa kita perlu menyayangi haiwan dan tidak berbuat jahat kepada haiwan tersebut.
             
            DORAEMON

Kisah Doraemon si musang dan sahabat karibnya,Nobita.
Kisah ini menunjukkan nilai sayang menyayangi dan saling menjaga antara sahabat karib.

Doraemon sentiasa membantu Nobita dalam setiap masalah yang dialami walaupun Nobita seringkali menyalahgunakan alat yang diberikan kepadanya.