Monday, 2 October 2017


Dalam KSPK, terdapatnya  tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang mementingkan nilai-nilai moral yang memfokuskan pembentukan insan berakhlak mulia dengan berasaskan tiga domain iaitu domain penaakulan moral iaitu keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau buruk.  Domain kedua ialah kesedaran perasaan moral yang melahirkan kesedaran untuk berbuat baik dan betul.  Domain ketiga ialah perlakuan moral iaitu tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dan tanggungjawab.

Tunjang ini boleh diaplikasikan menggunakan bantuan kartun animasi yang menarik.  Zaman teknologi ini, kebanyakan kanak-kanak sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan penggunaan alat komunikasi seperti tablet dan telefon pintar.  Ibu bapa memanfaatkan penggunaan alatan teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka khususnya pada suri rumah memberikan alat ini dan memainkan kisah kartun animasi untuk tatapan anak mereka agar mereka boleh melakukan kerja dengan tenang.

kartun animasi sekarang ini kebanyakkan mengikut tunjang kerohanian, sikap dan nilai ini.  Hal ini demikian kerana kartun animasi yang ada sekarang adalah sangat sesuai digunakan untuk mendidik dan membantu dalam penerapan nilai murni dalam diri kanak-kanak.  Animasi seperti Doraemon, Upin dan Ipin, Omar dan Hana dan lain-lain banyak mempengaruhi kanak-kanak dengan nilai moral  yang terdapat dalam tunjang tersebut seperti nilai menyayangi haiwan, nilai ketaatan terhadap orang tua dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment