Wednesday 13 September 2017

jom mengenal doraemon 



BAGAIMANA KITA MENGENAL DORAEMON?
Doraemon seekor rakun yang asalnya berwarna kuning, mempunyai sepasang telinga yang comel dan keistimewaannya ialah mempunyai poket ajaib yang boleh mengeluarkan alatan yang canggih daripada dunia lain.  Dia merupakan sahabat karib kepada seorang budak lelaki  bernama Nobita.  Doraemon tinggal di rumah Nobita bersama ibu bapanya.


ASAL ADA TELINGA TAPI KENAPA SEKARANG DORAEMON TIADA TELINGA MALAH BERWARNA BIRU?
Telinga doraemon hilang kerana digigit oleh tikus menyebabkan dia menangis teruk dan air mata yang banyak itu menyebabkan banjir yang menukarkan warna dirinya daripada kuning kepada biru.  Oleh sebab peristiwa itulah doraemon sangat takut akan tikus.  Dia akan terus pengsan apabila ternampak tikus.  Namun doraemon sangat suka akan kucing.
KENAPA DORAEMON TINGGAL DENGAN NOBITA?
Doraemon tidak mempunyai rumah untuk dia tinggal.  Walaupun doraemon boleh kembali ke dunianya namun dia tetap tinggal bersama keluarga Nobita kerana sahabatnya itu merupakan anak tunggal dalam keluarga dan Nobita sering dibuli oleh rakan sekelasnya.  Nobita memang terkenal dengan sifat malangnya.  Dengan adanya Doraemon, hidup Nobita lebih terurus kerana sering dibantu oleh alat-alat canggih Doraemon.
Doraemon juga saling mengenalin rakan-rakan sekolah Nobita dan mereka berkawan baik. Kerana sikap Doraemon yang suka membantu itu menyebabkan ramai orang suka berkawan dengannya. Namun doraemon juga mempunyai adik yang tinggal di dunia lain bernama Doremi. Doremi sering melawat abangnya menggunakan mesin waktu melalui laci meja belajar di dalam bilik Nobita. 

Monday 11 September 2017

WATAK DAN PERWATAKAN

 ANIMASI DORAEMON














  Doraemon

  • seekor rakun yang comel  tetapi tidak mempunyai telinga.
  • badan berwarna biru .
  • sangat takut akan tikus
  • suka makan Dorayaki
  • mempunyai adik bernama Dorami
  • merupakan seekor robot daripada masa hadapan
  • cerdik
  • baik hati
  • suka membantu
  • sentiasa menyokong Nobita

















NOBITA

  • anak tunggal dalam keluarga
  • sahabat karib Doraemon
  • malas belajar
  • suka tidur
  • tidak suka bersusah dalam melakukan kerja
  • mudah berputus asa
  • sering dibuli
  • sukakan Shizuka











SHIZUKA
  • rakan sekelas Nobita
  • baik
  • cantik
  • suka membuat kek
  • cerdik
  • digilai rakan sekelas
  • anak kesayangan ibunya











SUNIO
  • anak orang kaya
  • suka menunjuk-nunjuk
  • suka membeli alat permainan
  • manja
  • kawan rapat Giant
  • suka membaca komik










GIAN
  • anak kepada pemilik kedai runcit
  • mempunyai seorang adik bernama Jaiko
  • sangat sayang akan adiknya
  • pembuli
  • suka makan
  • suka menyanyi
  • sering disuruh menjaga kedai runcit keluarganya
             SHIN CHAN
Kisah budak tadika bernama Shin Chan dan keluarga kecilnya bersama anjing peliharaannya.
Kisah ini  menunjukkan bahawa Shin Chan sangat menyayangi haiwan peliharaannya. Dia sering membawa anjing itu keluar bersiar-siar.

kisah Shin Chan dan anjingnya ini menyampaikan bahawa kita perlu menyayangi haiwan dan tidak berbuat jahat kepada haiwan tersebut.
             
            DORAEMON

Kisah Doraemon si musang dan sahabat karibnya,Nobita.
Kisah ini menunjukkan nilai sayang menyayangi dan saling menjaga antara sahabat karib.

Doraemon sentiasa membantu Nobita dalam setiap masalah yang dialami walaupun Nobita seringkali menyalahgunakan alat yang diberikan kepadanya.

Sunday 10 September 2017


              BOSS BABY


Kisah ini menceritakan tentang bagaimana kepercayaan antara Tim dan Boss Baby dalam menjalankan misi yang ingin diraihnya.
Jika kejujuran dan kepercayaan tidak seiring maka matlamat utama tidak aakn tercapai.
Filem ini juga mengisahkan bagaimana Tim dan Boss Baby bekerjasama menjatuhkan syarikat Puppy Co.
       DIDI AND FRIENDS
Animasi ini mengisahkan didi si ayam dan kawan-kawan haiwannya yang lain.
Kisah haiwan-haiwan ini kebanyakkannya bertujuan menyampaikan nilai moral yang baik untuk diikuti oleh kanak-kanak terutamanya.

Antara nilai moral yang diselitkan ialah didi dan kawan-kawannya ini saling membantu dan menghormati antara satu sama lain.

Wednesday 6 September 2017

nilai moral yang terdapat dalam kartun animasi

TUMBLR

kanak-kanak sememangnya akan mudah tertarik dengan sesuatu yang comel dan berwarna-warni. Dengan kemodenan dunia sekarang, semakin banyak kartun animasi dihasilkan. Kartun animasi ini sebenarnya menjadi wadah untuk kita menerapkan nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak.Hal ini demikian figura kartun ini menarik perhatian mereka dan sebagaimana yang kita maklum, kanak-kanak ini mudah menerima maklumat daripada apa yang mereka lihat dan dengar.Jadi dengan segala kemudahan capaian internet yang tersedia, dengan mudahnya kita dapat mendedahkan penerapan nilai moral ini terhadap anak-anak kita sejak mereka kecil kerana pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun perlu diingatkan juga untuk selalu memantau animasi yang ditonton oleh anak-anak kerana ada juga animasi yang tidak sesuai untuk usia mereka.