Monday, 2 October 2017
Dalam KSPK, terdapatnya tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang mementingkan nilai-nilai moral yang memfokuskan pembentukan insan berakhlak mulia dengan berasaskan tiga domain iaitu domain penaakulan moral iaitu keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau buruk. Domain kedua ialah kesedaran perasaan moral yang melahirkan kesedaran untuk berbuat baik dan betul. Domain ketiga ialah perlakuan moral iaitu tindakan moral yang berkaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dan tanggungjawab.
Tunjang ini boleh diaplikasikan menggunakan bantuan kartun animasi yang menarik. Zaman teknologi ini, kebanyakan kanak-kanak sejak kecil lagi sudah didedahkan dengan penggunaan alat komunikasi seperti tablet dan telefon pintar. Ibu bapa memanfaatkan penggunaan alatan teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka khususnya pada suri rumah memberikan alat ini dan memainkan kisah kartun animasi untuk tatapan anak mereka agar mereka boleh melakukan kerja dengan tenang.
kartun animasi sekarang ini kebanyakkan mengikut tunjang kerohanian, sikap dan nilai ini. Hal ini demikian kerana kartun animasi yang ada sekarang adalah sangat sesuai digunakan untuk mendidik dan membantu dalam penerapan nilai murni dalam diri kanak-kanak. Animasi seperti Doraemon, Upin dan Ipin, Omar dan Hana dan lain-lain banyak mempengaruhi kanak-kanak dengan nilai moral yang terdapat dalam tunjang tersebut seperti nilai menyayangi haiwan, nilai ketaatan terhadap orang tua dan sebagainya.
Sunday, 1 October 2017
Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) ialah panduan yang diguna pakai oleh pengusaha tadika, taska, mahupun sebarang sesi pembelajaran yang berkaitan dengan kanak-kanak. KSPK ini diwujudkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. KSPK ini haruslah digunakan secara menyeluruh di seluruh Malaysia. KSPK ini mengandungi 6 tunjang yang seharusnya diikuti dalam pembelajaran kanak-kanak. Antara tunjang tersebut ialah tunjang komunikasi, tunjang kerohanian , sikap dan nilai, tunjang keterampilan diri, tunjang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan, tunjang sains dan teknologi dan tunjang kemanusiaan.https://drive.google.com/open?id=0B4wKdnC60r8zOXR5eEhGWjFQYkE
Wednesday, 13 September 2017
jom mengenal
doraemon
|
BAGAIMANA
KITA MENGENAL DORAEMON?
Doraemon
seekor rakun yang asalnya berwarna kuning, mempunyai sepasang telinga yang
comel dan keistimewaannya ialah mempunyai poket ajaib yang boleh mengeluarkan
alatan yang canggih daripada dunia lain.
Dia merupakan sahabat karib kepada seorang budak lelaki bernama Nobita. Doraemon tinggal di rumah Nobita bersama ibu
bapanya.
ASAL
ADA TELINGA TAPI KENAPA SEKARANG DORAEMON TIADA TELINGA MALAH BERWARNA BIRU?
Telinga
doraemon hilang kerana digigit oleh tikus menyebabkan dia menangis teruk dan
air mata yang banyak itu menyebabkan banjir yang menukarkan warna dirinya
daripada kuning kepada biru. Oleh sebab
peristiwa itulah doraemon sangat takut akan tikus. Dia akan terus pengsan apabila ternampak
tikus. Namun doraemon sangat suka akan kucing.
KENAPA
DORAEMON TINGGAL DENGAN NOBITA?
Doraemon
tidak mempunyai rumah untuk dia tinggal.
Walaupun doraemon boleh kembali ke dunianya namun dia tetap tinggal
bersama keluarga Nobita kerana sahabatnya itu merupakan anak tunggal dalam
keluarga dan Nobita sering dibuli oleh rakan sekelasnya. Nobita memang terkenal dengan sifat
malangnya. Dengan adanya Doraemon, hidup
Nobita lebih terurus kerana sering dibantu oleh alat-alat canggih Doraemon.
Doraemon
juga saling mengenalin rakan-rakan sekolah Nobita dan mereka berkawan baik.
Kerana sikap Doraemon yang suka membantu itu menyebabkan ramai orang suka
berkawan dengannya. Namun doraemon juga mempunyai adik yang tinggal di dunia
lain bernama Doremi. Doremi sering melawat abangnya menggunakan mesin waktu
melalui laci meja belajar di dalam bilik Nobita.
Monday, 11 September 2017
WATAK DAN PERWATAKAN
ANIMASI DORAEMON
Doraemon
NOBITA
Doraemon
- seekor rakun yang comel tetapi tidak mempunyai telinga.
- badan berwarna biru .
- sangat takut akan tikus
- suka makan Dorayaki
- mempunyai adik bernama Dorami
- merupakan seekor robot daripada masa hadapan
- cerdik
- baik hati
- suka membantu
- sentiasa menyokong Nobita
NOBITA
- anak tunggal dalam keluarga
- sahabat karib Doraemon
- malas belajar
- suka tidur
- tidak suka bersusah dalam melakukan kerja
- mudah berputus asa
- sering dibuli
- sukakan Shizuka
SHIZUKA
- rakan sekelas Nobita
- baik
- cantik
- suka membuat kek
- cerdik
- digilai rakan sekelas
- anak kesayangan ibunya
SUNIO
- anak orang kaya
- suka menunjuk-nunjuk
- suka membeli alat permainan
- manja
- kawan rapat Giant
- suka membaca komik
GIAN
- anak kepada pemilik kedai runcit
- mempunyai seorang adik bernama Jaiko
- sangat sayang akan adiknya
- pembuli
- suka makan
- suka menyanyi
- sering disuruh menjaga kedai runcit keluarganya
SHIN CHAN
•Kisah
budak tadika bernama Shin Chan dan keluarga kecilnya bersama anjing
peliharaannya.
•Kisah
ini menunjukkan bahawa Shin Chan sangat
menyayangi haiwan peliharaannya. Dia sering membawa anjing itu keluar
bersiar-siar.
•kisah
Shin Chan dan anjingnya ini menyampaikan bahawa kita perlu menyayangi haiwan
dan tidak berbuat jahat kepada haiwan tersebut.
Sunday, 10 September 2017
BOSS BABY
•Kisah ini menceritakan tentang
bagaimana kepercayaan antara Tim dan Boss Baby dalam menjalankan misi yang
ingin diraihnya.
•Jika kejujuran dan kepercayaan tidak
seiring maka matlamat utama tidak aakn tercapai.
•Filem ini juga mengisahkan bagaimana
Tim dan
Boss Baby bekerjasama menjatuhkan syarikat
Puppy Co.
DIDI AND FRIENDS
•Animasi ini mengisahkan didi
si
ayam
dan
kawan-kawan
haiwannya
yang lain.
•Kisah haiwan-haiwan
ini
kebanyakkannya
bertujuan
menyampaikan
nilai
moral yang baik
untuk
diikuti
oleh
kanak-kanak
terutamanya.
•Antara nilai moral yang diselitkan
ialah
didi
dan
kawan-kawannya
ini
saling
membantu
dan
menghormati
antara
satu
sama
lain.
Wednesday, 6 September 2017
nilai moral yang terdapat dalam kartun animasi
kanak-kanak sememangnya akan mudah tertarik dengan sesuatu yang comel dan berwarna-warni. Dengan kemodenan dunia sekarang, semakin banyak kartun animasi dihasilkan. Kartun animasi ini sebenarnya menjadi wadah untuk kita menerapkan nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak.Hal ini demikian figura kartun ini menarik perhatian mereka dan sebagaimana yang kita maklum, kanak-kanak ini mudah menerima maklumat daripada apa yang mereka lihat dan dengar.Jadi dengan segala kemudahan capaian internet yang tersedia, dengan mudahnya kita dapat mendedahkan penerapan nilai moral ini terhadap anak-anak kita sejak mereka kecil kerana pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun perlu diingatkan juga untuk selalu memantau animasi yang ditonton oleh anak-anak kerana ada juga animasi yang tidak sesuai untuk usia mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
DIDI AND FRIENDS • Animasi ini mengisahkan didi si ayam dan kawan-kawan haiwannya yang lain. • Kisah haiwan-haiwan ini ...
-
ANIMASI DORAEMON Doraemon seekor rakun yang comel tetapi tidak mempunyai telinga. badan berwarna biru . sangat ta...
-
kanak-kanak sememangnya akan mudah tertarik dengan sesuatu yang comel dan berwarna-warni. Dengan kemodenan dunia sekarang, semakin banyak ...