Wednesday, 6 September 2017

nilai moral yang terdapat dalam kartun animasi

TUMBLR

kanak-kanak sememangnya akan mudah tertarik dengan sesuatu yang comel dan berwarna-warni. Dengan kemodenan dunia sekarang, semakin banyak kartun animasi dihasilkan. Kartun animasi ini sebenarnya menjadi wadah untuk kita menerapkan nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak.Hal ini demikian figura kartun ini menarik perhatian mereka dan sebagaimana yang kita maklum, kanak-kanak ini mudah menerima maklumat daripada apa yang mereka lihat dan dengar.Jadi dengan segala kemudahan capaian internet yang tersedia, dengan mudahnya kita dapat mendedahkan penerapan nilai moral ini terhadap anak-anak kita sejak mereka kecil kerana pepatah Melayu juga ada menyebut bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun perlu diingatkan juga untuk selalu memantau animasi yang ditonton oleh anak-anak kerana ada juga animasi yang tidak sesuai untuk usia mereka.

No comments:

Post a Comment